Rabu, 18 Februari 2009

REMAJA;DIMANA MARUAHMU…

Alam remaja merupakan alam yang paling penuh dengan cabaran dalam meneruskan kehidupan. Alam ini mesti dilalui oleh semua manusia dengan izin Allah swt. Ramai remaja pada hari ini merasakan diri mereka bebas untuk melakukan apa perkara sahaja untuk mendapatkan keseronokan. Malahan ada dikalangan mereka yang menjadikan kehidupan mereka sendiri tidak terurus dan terumbang ambing.
Dalam dunia serba canggih dan moden ini, kita sering kali mendengar dan melihat mengenai perbuatan-perbuatan yang terkutuk, yang disebabkan oleh tindakan remaja itu sendiri. Antara perkara yang biasa kita dengari ialah berkaitan dengan zina, sumbang mahram, buang bayi dan lain-lain. Kenapa perkara ini semua boleh terjadi? sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan-perbuatan ini semua adalah dilarang oleh ALLAH swt. Persoalan disini, apakah yang menyebabkan remaja-remaja pada hari ini melakukan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah? Adakah mereka tidak diasuh dan dididik dengan didikan agama? Atau adakah mereka langsung tidak mempedulikan balasan di akhirat nanti? Persoalan-persoalan ini mestilah di jawab dengan sebaik mungkin untuk memberi kesedaran kepada remaja bahawa perbuatan yang telah mereka lakukan itu adalah sangat dilarang di dalam islam.
Jika kita lihat pada hari ini kebanyakkan remaja yang berumur belasan tahun, mereka telah berpasangan atau dengan istilah lain ialah “bercouple”. Katanya, bercouple dapat memberi keseronokan kerana mereka mengaggap mereka disayangi dan dicintai. Sampaikan ada yang terlalu memberi sepenuh kepercayaan pada pasangan masing-masing dan ada juga yang sanggup menyerahkan maruah diri kerana terlalu percayakan pasangan tersebut. Apa yang menjadi Persoalan sekarang, adakah “bercouple” itu dibenarkan dalam islam? Kita juga sering ternampak atau terserempak dengan remaja-remaja yang melakukan adegan-adegan yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti berciuman, bersentuhan dengan pasangan dan lain-lain. Persoalan yang boleh ditujukan disini ialah apa peranan kita sebagai seorang muslim apabila melihat perbuatan-perbuatan seperti itu berlaku dihadapan kita? Adakah kita akan membiarkan sahaja atau menegur mereka yang tidak ada rasa malu dan segan dengan apa yang mereka lakukan??
Bukan itu sahaja, Kita juga selalu melihat remaja yang tidak pernah menitikberatkan masalah-masalah pelajaran, keluarga, ummah, apatah lagi untuk memikirkan tentang perjuang yang sepatutnya mereka laksanakan pada usia mereka sekarang. Mereka sepatutnya mengetahui dan memberi penekanan kepada perkara ini. Ini kerana semua manusia telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan dakwah walau dengan sepatah perkataan sekalipun. Remaja pada hari ini langsung tidak mempedulikan tugas yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka lebih memetingkan keseronokan yang sementara tanpa memikirkan keseronakan yang akan kekal untuk selama-selamanya. cubalah kita semua fikir, setakat mana kemampuan dan iman kita sekarang..

Tiada ulasan: