salam...buat tatapan sahabat-sahabat
Ya Allah...alangkah indahnya apabila sesuatu yang kita lakukan seharian adalah semata-mata untuk mencari reda ALLAH, tak kira walau dalam apa juga urusan dan pekerjaan kita seharian..apa yang melalaikan ditinggalkan jua kerana ingin mencari dan menikmati cintaNYA...Subhanallah...alangkah indahnya kemanisan yang akan kita sama-sama rasai, andai semuanya keranaNYA. Izinkan diri ini mencintaimu keranaNYA...memang tak di sangka...selepas 2 hari je kenal dalam program, buat ku tertawan pada AGAMA dan peribadinya...walau diri ini tidak mengenalinya dengan lebih dekat dan dalam lagi mengenai dirinya...tetapi kerana yakin dengan AGAMA yang ada padanya buat aku yakin untuk menerimanya...apa yang aku harapkan supaya dia boleh mendidik dan membimbingku dan keluargaku nanti..disamping membawaku ke jalan ALLAH..Tetapi sebenarnya,diri ini takut untuk menerimanya untuk hadir dalam hidup yang kerdil ini..bukan apa, sebab pengalaman lepas telah membuatku semakin berhati-hati dengan insan yang bergelar lelaki...bukan senang untuk diri ini mengharungi kekecewaan untuk kali ke2 dan seterusnya..harapanku...biarlah aku terimanya kerana ALLAH. Jika diberi peluang untuk kali ke2 ini..diri ini tidak mahu menerimanya kerana nafsu dan kebaikannya sahaja…tetapi apa yang penting ialah lebih daripada itu jika kita meletakkan ALLAH sebagai matlamat dan tujuan kita…ku bertekad dalam diri ini…aku cuba untuk lebih mujahadah melawan nafsu yang semakin hari membuatku lemah untuk melawannya…pelbagai ujian yang ku hadapi yang membuatku matang untuk berfikir dan bertindak…ucapan terima kasih kepada sahabatku yang cuba menyelamatkanku dari dunia angan-angan. Menghadiahkan ku sebuah buku yang cukup bernilai dan bermakna buatku “PEMILIK CINTAKU”. Buku yang di karang oleh FATIMAH SYARHA banyak benda yang boleh ku pelajari daripada coretan buku itu…Ya ALLAH terima ksih kerana Engkau masih menyanyangiku dengan memberiku kesedaran bahawa hidup ini hanya sekali…waktu muda juga hanya sekali…andai ia tidak digunakan untuk sesuatu perkara yang sepatutnya..amat rugilah hidup ini..teringat kata-kata ummi(naqibah) “TIDAK GUNA HIDUP, ANDAI MASA YANG ADA DIGUNAKAN UNTUK DIRI SENDIRI TANPA DIAGIHKAN UNTUK ISLAM” cukup terkesan kata-kata ummi…duhai sahabat…terima kasih..kerana memahami hati ini, Jika dia memilih dan menerimaku kerana ALLAH…aku yakin, dia boleh menerima caraku. Tidak lain yang aku lakukan ini adalah untuk mendapat redaMU ya ALLAH. Aku penat hidup dalam dunia yang tidak pasti dan digelumbangi dosa-dosa yang semakin membukit…aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa…ya ALLAH…ampunilah aku ya ALLAH…aku ingin mencapai redaMU ya ALLAH…Astaqfirullahal Azim……baru kurasa ketenangan yang indah selepas meletakMU di tempat UTAMA dalam hatiku..Ya ALLAH…ampunilah dosa-dosaku…aku tidak mahu sejarah kekecewaan mengulangi diriku lagi..kerana menggunakan cara yang sama seperti dulu…Apa yang aku harapkan adalah seorang lelaki yang menerimaku bukan kerana nafsu semata-mata…diri ini ingin hidup dalam keredaanmu…alangkah indah dan nikmatnya ya ALLAH…cinta dan kasih sayangMu…ku tahu, aku tak berhad mencintai insan yang bukan bergelar suami..tidak bermakna buatku menyanyangi dan mencintai insan yang tidak mencintaimu…biarlah dia menerimaku keranaMU ya ALLAH..memang tidak layak untukku memilih seseorang yang sempurna 100%....kerana diri ini juga tidak sempuna…banyak kekurangan diri…Tetapi tidak salah aku mencintainya keranaMU selepas ku bergelar isterinya…wallahu a’lam…renung-renungkanlah…
Hasil nukilan:
Bie 11pg (21/04/2009)
(ukm)