Sabtu, 25 Oktober 2008
KONSEP BLOG SAYA
Blog yang telah saya bangunkan ini adalah blog yang berkonsepkan dakwah, sesuai dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu dakwah & kepimpinan. Dalam blog ini saya telah memasukkan beberapa isu yang sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dalam menjalani kehidupan seharian. Antara isu yang cuba dibawa dan dibincangkan dalam blog ini ialah mengenai isu mahasiswa Islam, isu ekonomi Islam, isu politik Islam, isu undang-undang Islam, isu pembinaan keluarga Islam, isu pendidikan anak-anak dan lain-lain.
Isu Ekonomi Islam: Perjuangan Ekonomi Islam Sejagat.
Bertanya kepada Rasulullah, baginda menjawab
“Yang tertuduh juga masuk ke neraka kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh rakannya”.
Berhubung dengan perkara ini, dipetik dari Buku “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat
Islam” karangan Sheikh Hassan: “Sayang sekali kaum muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Berabad-abad lamanya umat islam membuang waktu dan tenaga berbincang berhubung dengan perkara yang tidak bermanfaat. Sekiranya fokus diberi kepada ilmu yang menguntungkan bagi umat muslim sudah tentu kedudukan mereka tidaklah seburuk itu”.
Konteks Melayu muslim sekarang banyak membicarakan tentang hal orang, berfikiran negatif, bersangka buruk, bangga diri, kata mengata, dengki, ego dan sebagainya kerana kita lupa akan firman Allah dalam surah Al-Imran Ayat 110yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik ummah. Kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. Di ambang 50 tahun kemerdekaan kita dapat lihat sejauh mana perkembangan ekonomi Islam. Untuk melihat Islam berjaya dalam ekonomi, dalam perkembangan bisnes berbentuk globalisasi kita perlukan penguasaan ilmu, politik dan sebagainya. Baru lah kelak kita tidak bergantung kepada bangsa lain. Hadis riwayat At-Thobrani menyatakan; “Kesengsaraan yang paling sengsara adalah miskin di dunia dan disiksa di akhirat.”
Oleh itu, kita hendaklah kuat dalam ekonomi kerana tanpa harta umat Islam tidak mampu menjadi umat yang terbaik di dunia mahupun akhirat. Hendaklah kita bersikap lebih matang dan professional dalam menjalankan perniagaan cara Islam menjadi umat dan ummah yang kuat.
Puisi “Melayu Mudah Lupa”, patut diambil iktibar dan dihayati sesungguhsungguhnya seperti dalm Surah Al-Asr yang diamalkan. “Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Isu Penghayatan Islam : 3 Kemuliaan Mengingati Mati
Mengingati saat kematian akan menenangkan manusia dan mengingatkan kita bahawa setiap yang hidup akan kembali kepada Allah.
Hakikatnya kematian memisahkan manusia daripada segala yang dikasihi dan dimiliki seperti anak-anak, harta benda dan kemewahan hidup. Bekalan yang dapat dibawa hanyalah amal salih yang dikerjakan ketika hidup di dunia ini. Sungguh rugi jika tidak melakukan amal ibadat ketika hidup di dunia ini. Ketahuilah Allah akan mengazabkan sesiapa saja yang lalai mengerjakan perintah-Nya. Allah berfirman bermaksud: "Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Surah al-Anbia, ayat 35).
Sesiapa yang banyak mengenang perihal kematian akan diberi tiga sifat kemuliaan. Pertama, sentiasa bersegera melakukan taubat. Kedua, tidak tamak terhadap keduniaan. Ketiga, akan memiliki kesungguhan dan motivasi untuk beribadat. Sebaliknya, sesiapa mengabaikan perihal kematian, dia akan menerima tiga seksaan pedih atau tiga sifat kehinaan. Pertama, sentiasa menangguhkan taubat. Kedua, tidak memiliki sifat reda dan ketiga, malas melakukan amal ibadat. Sebelum ajal tiba, kadang kala seseorang itu ditimpa sakit atau kemalangan sebagai sebab musababnya. Perkara ini sengaja ditetapkan Allah sebagai peringatan. Demikian juga Allah mahu menguji hamba- Nya sama ada mereka melengkapkan diri dengan bekalan takwa dan iman atau masih leka dan lalai.
Isu Akidah Islam: Akidah Muslim
Antara contoh yang disebut di dalam Al–Quran tentang sifat–sifat jahiliyah ialah Firman Allah surah al-Ahzab ayat 33:
وقرن فى بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهليه الاول
Maksudnya :
“ Hendaklah kamu ( isteri–isteri nabi ) tetap di rumah kamu serta jangan kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang –orang jahiliyah di zaman dahulu”.
Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada–Nya dan melakukan pelbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan–peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai–bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.
Jumaat, 24 Oktober 2008
Isu Ilmu-ilmu Islam
Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti:
Hadis Rasulullah s.a.w : “Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.”
Justeru, marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya. Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudaranya. ’Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104]. Jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya.
Isu Pembinaan Keluarga Islam : Tarbiyah dalam Pembinaan Keluarga Islam.
Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.
Sedar atau pun tidak, hakikatnya seorang ibu adalah madrasah. Berjayanya ibu-ibu di Palestin melahirkan anak-anak yang memerangi senjata Israel dengan hanya seketul batu dan melahirkan anak-anak yang penuh dengan
jiwa jihad. Sebuah kisah di negeri berdarah, ungkapan kata seorang anak kepada ibunya: "Wahai ibu, jangan dinantikan kepulanganku, kerana pergiku dengan satu matlamat ...supaya aku mati syahid..." Sungguh gah hati seorang ibu, kerana melahirkan anak yang berjiwa pejuang. Ibu adalah madrasah para syuhada'.
Berkata seorang penyair:
" Seorang ibu adalah madrasah. Apabila engkau mendidiknya, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul.”
Satu generasi yang bakal dilahirkan oleh muslimah-muslimah yang sedang mentarbiyyah dan ditarbiyyah...iaitu satu generasi Rabbani. Tangan yang menghayun buaian, dapat menggegarkan dunia....Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan" (At-Tahrin:6)
Isu 2 (makanan)
Seiring dengan kecanggihan teknologi dalam industri makanan,
Sehubungan itu, 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskit Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung Dan Biskut Mini Puff. Manakala 6 biskut keluaran Khian Guan juga mengandungi bahan milamin yang berlebihan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff Dan Biskut Campuran (Party).
Kebanyakkan produk makanan yang sering menjadi sasaran penyalahgunaan kandungan bahan oleh pengeluar adalah jenis “instant” atau segera seperti “kopi maut” yang mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu sintetik sildenafil nitrat yang boleh menyebabkan peminumnya mati mengejut selepas mengambilnya.
Isu Perkahwinan Di Luar Negara Yang Tidak Didaftarkan..
Perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan social masyarakat Islam kini telah menimbulkan banyak isu-isu semasa yang secara tidak langsung, memberi impak kepada perundangan Islam. Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri bahawa semua perkahwinan sama ada yang dilakukan dalam atau luar Negara hendaklah didaftarkan mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu. Sekiranya ia tidak didaftarkan, maka pihak tersebut tidak akn mendapat hak perlindungan dan jaminan di bawah undang-undang keluarga Islam negeri-negeri berkenaan.
Demikian juga dengan perkahwinan ‘kahwin lain’ yang tidak didaftarkan di bawah Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri, mereka akn menghadapi pelbagai masalah, antaranya ialah masalah anak, harta pusaka dan masalah sekiranya salah seorang dari pasangan tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, persoalan ini akan diputuskan oleh mahkamah sama pasangan tersebut berhak menerima harta tersebut atau tidak. Sekiranya perkahwinan itu dianggap sah, maka pasangan yang hidup berhad terhadap harta tersebut dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, sesuatu perkahwinan yang berlaku di luar Negara mestilah didaftarkan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.
Isu Pendidikan Anak : Didik anak mengenal Allah.
Setelah anak-anak diperkenalkan dengan sebutan perkataan “Allah” dan “Lailaha illa Allah”, ibubaa perlu menyusuli usaha mendidik dengan memperkukuh iman dan keyakinan anak kepada Allah. Anak yang masih baru mengenal dunia itu amat mudah untuk menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan. Apa sahaja yang disebut oleh ibu bapa, mudah sahaja diterima bulat-bulat. Oleh itu, saat inilah yang paling sesuai untuk memulakan ‘pengajian’ akidah kepada mereka. Jangan fikir mereka tidak mampu memahami soal akidah. Walau ia merupakan perkara abstrak (tidak boleh dilihat dan ditunjukkan dengan pancaindera), namun jika kena cara penceritaannya, anak-anak boleh memahaminya dengan mudah.
Apabila anak-anak semakin meningkat remaja ,maka tugas ibubapa menjadi semakin berat. Ini kerana, remaja pada hari lebih terdedah dengan pelbagai gejala dan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai ibubapa yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anak, mereka perlulah mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Revolusi keibubapaan mestilah bermula dari rumah dengan membimbing mereka mengharungi cabaran masa kini dan menangani karenah anak-anak remaja yang sudah keterhadapan. Walaupun begitu, ibubapa perlulah berusaha serta pantas melakukan tindakan. Antaranya, mereka mestilah mengambil tahu apa yang telah dilakukan oleh anak-anak mereka, luangkan masa dengan mereka, mengenali siapa rakan-rakan mereka. Ibubapa juga mesti mengetahui apa yang ditonton, dibaca dan didengar oleh anak-anak mereka, membantu mereka mendapatkan keyakinan diri disamping ibubapa menjadi model yang baik untuk anak-anak.
Isu Negara Islam: Mengapa Masjid al-Aqsar sukar dibebaskan???
Masjid al-Aqsa, di Baitulmuqqadis, merupakan kaabah yang pertama umat Islam seluruh dunia dan masjid ketiga terpenting selepas majis al-Haram di Makkah dan masjid al-Nabawi di Madinah adalah satu-satunya masjid yang disebut dalam al-Quran.pada hari ini umat Islam memperingati peristiwa pembakaran masjid tersebut pada 21 Ogos 1969 oleh seorang Yahudi berbangsa Australia, Michael Dennis Rohan. Dalam peristiwa itu, sebahagian besar dari bangunan utama masjid telah terbakar dan apinya merebak ke bahagian lain. Namun azam penduduk Islam dan Kristian Palestin yang berpadu tenaga telah berjaya memadamkan api dari terus memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
Menurut seorang pemerhati yang menyaksikan insiden itu, pihak berkuasa
Dalam masa 40 tahun selepas peristiwa ini, Masjid Al-Aqsa sering kali dicerobohi. Pada tahun 1979, 40 orang etremis Yhudi telah
Pada Julai lalu, polis dan perisik
Isu Politik Islam
Amanah bukanlah sesuatu ‘keseronokan’ yang hendak direbut dengan rakus dan tamak, tetapi ia tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari yang bermaksud “sekiranya amanah itudisia-siakan, maka tunggulah kehancuran”. Lalu para sahabat baginda s.a.w bertanya bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi Muhammad s.a.w menjawab, “(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancurannya”.
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim, baginda s.a.w bersabda yang bermaksud, “setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) adalah pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinanya… ”
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 28 yang bermaksud: “janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi wali (teman rapat atau pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun”. Jadi jelaslah kepada kita bahawa, Allah s.w.t melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ (ketaatan, kasih sayang serta melantik menjadi pemimpin) kepada orang kafir dan mendekatkan diri kita kepada mereka dengan kasih sayang dan kecintaan serta membenarkan mereka, kerana ia merupakan sesuatu yang tidak wajar apabila memberikan wala’ kepada musuh-musuh Allah s.w.t.
Isu Penuntut Islam di IPT
Sebagai mahasiswa, kita perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab kita masing-masing. Kitalah harapan ibubapa, guru, pihak universiti, pemimpin, ulama’, rakyat dan umat keseluruhannya. Usia muda sewaktu berada di universiti jangan sekali disia-siakan. Gunakan setiap kesempatan dan waktu untuk meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran. Wajar sekali kita merenung sejenak makna sebenar mahasiswa. Adakah kita layak digelar mahasiswa?sejauh manakah kita mengguna dan mengurus masa kita sekarang?bagaimana pula iman dan taqwa kita kepada Allah swt?Bagaimana dengan penguasaan ilmu kita?dan lain-lain lagi..sebab itulah kita perlu muhasabah diri kita untuk memperbaiki lagi kekurangan diri.
Sewaktu bermuhasabah, kita perlulah memikirkan beberapa perkara penting iaitu:
Keutamaan ilmu.
Kita mestilah bijak dan perlu memberi keutamaan kepada penguasaan ilmu. Masa depan yang lebih mencabar menuntut kita untuk lebih peka dan memberi penekanan dalam menguasai ilmu tertentu.
Pengurusan masa.
Amat
Pengurusan diri dan ketrampilan.
Kita mestilah mengurus diri dan berketrampilan agar status sebagai mahasiswa tidak dipertikaikan. Kebersihan diri, cara berpakaian dan pergaulan mestilah dijaga.
Gerak kerja dakwah.
Tugas dakwah ialah hak milik setiap insane yang mengaku bertaqwa sama ada dakwah secara individu (fardiyyah) atau secar berjemaah (amal jamaie).
Hubungan dengan Allah.
Kita mestilah bermuhasabah menilai semula hubungan kita dengan Allah SWT . Adakah jiwa kita dekat dengan Tuhan atau semakin hari semakin jauh kita daripadaNya.
Selasa, 21 Oktober 2008
nak "bercouple" boleh tak
Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang baik sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).
Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.