Jumaat, 24 Oktober 2008

Isu 2 (makanan)

Seiring dengan kecanggihan teknologi dalam industri makanan,Malaysia telah berjaya menghasilkan produk makanan bagi menampung dan memenuhi keperluan penduduk disamping mengimport bahan makanan dari Negara luar . Baru-baru ini kita telah digembar gemburkan mengenai bahan penaik ammonium bicarbonate yang diimport dari China didapati mempunyai tahap milamin melebihi piawan yang dibenarkan.

Sehubungan itu, 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskit Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung Dan Biskut Mini Puff. Manakala 6 biskut keluaran Khian Guan juga mengandungi bahan milamin yang berlebihan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff Dan Biskut Campuran (Party).

Selain itu, kita juga telah digemparkan isu produk makanan yang dikatakan berbahaya dan tidak selamat untuk dimakan. Antaranya ialah pendedahan tentang sebuah kilang belacan dan cencaluk yang menggunakan pewarna plastic dan tekstil dalam produk pengeluaran kilangnya. Sebuah kilang lagi dipercayai menyimpan bahan mentah untuk memproses bebola ikan diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk beku yang bercampur aduk dengan danging dan perut khinzir.

Kebanyakkan produk makanan yang sering menjadi sasaran penyalahgunaan kandungan bahan oleh pengeluar adalah jenis “instant” atau segera seperti “kopi maut” yang mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu sintetik sildenafil nitrat yang boleh menyebabkan peminumnya mati mengejut selepas mengambilnya.

Tiada ulasan: