Setelah anak-anak diperkenalkan dengan sebutan perkataan “Allah” dan “Lailaha illa Allah”, ibubaa perlu menyusuli usaha mendidik dengan memperkukuh iman dan keyakinan anak kepada Allah. Anak yang masih baru mengenal dunia itu amat mudah untuk menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan. Apa sahaja yang disebut oleh ibu bapa, mudah sahaja diterima bulat-bulat. Oleh itu, saat inilah yang paling sesuai untuk memulakan ‘pengajian’ akidah kepada mereka. Jangan fikir mereka tidak mampu memahami soal akidah. Walau ia merupakan perkara abstrak (tidak boleh dilihat dan ditunjukkan dengan pancaindera), namun jika kena cara penceritaannya, anak-anak boleh memahaminya dengan mudah.
Apabila anak-anak semakin meningkat remaja ,maka tugas ibubapa menjadi semakin berat. Ini kerana, remaja pada hari lebih terdedah dengan pelbagai gejala dan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai ibubapa yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anak, mereka perlulah mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Revolusi keibubapaan mestilah bermula dari rumah dengan membimbing mereka mengharungi cabaran masa kini dan menangani karenah anak-anak remaja yang sudah keterhadapan. Walaupun begitu, ibubapa perlulah berusaha serta pantas melakukan tindakan. Antaranya, mereka mestilah mengambil tahu apa yang telah dilakukan oleh anak-anak mereka, luangkan masa dengan mereka, mengenali siapa rakan-rakan mereka. Ibubapa juga mesti mengetahui apa yang ditonton, dibaca dan didengar oleh anak-anak mereka, membantu mereka mendapatkan keyakinan diri disamping ibubapa menjadi model yang baik untuk anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan