Persoalan akidah adalah persoalan pokok yang perlu diperkatakan sebelum memperkatakan persoalan-persoalan yang lain. Akidah bermaksud “pegangan”. Bila disebut akidah Islamiah ia bererti konsep ketuhanan, kerasulan, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada’ dan qadar. Sesiapa yang tidak berpegang dengan perkara–perkara tersebut akan menyebabkan kufur atau jahiliyah. Demikian juga dalam perkataan, perbuatan atau kepercayaan yang bercanggah dengan dasar–dasar akidah adalah disifatkan kufur atau jahiliyah
Antara contoh yang disebut di dalam Al–Quran tentang sifat–sifat jahiliyah ialah Firman Allah surah al-Ahzab ayat 33:
وقرن فى بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهليه الاول
Maksudnya :
“ Hendaklah kamu ( isteri–isteri nabi ) tetap di rumah kamu serta jangan kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang –orang jahiliyah di zaman dahulu”.
Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada–Nya dan melakukan pelbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan–peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai–bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.
Sabtu, 25 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sememangnya akidah adalah tunjang bagi kehidupan seseorang muslim.. Dengan akidah dan iman yang mantap akan menghasilkan ibadah serta akhlak yang sempurna.. jagalah hati, jangan kau kotori..
Catat Ulasan