Amanah bukanlah sesuatu ‘keseronokan’ yang hendak direbut dengan rakus dan tamak, tetapi ia tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari yang bermaksud “sekiranya amanah itudisia-siakan, maka tunggulah kehancuran”. Lalu para sahabat baginda s.a.w bertanya bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi Muhammad s.a.w menjawab, “(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancurannya”.
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim, baginda s.a.w bersabda yang bermaksud, “setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) adalah pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinanya… ”
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 28 yang bermaksud: “janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi wali (teman rapat atau pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun”. Jadi jelaslah kepada kita bahawa, Allah s.w.t melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ (ketaatan, kasih sayang serta melantik menjadi pemimpin) kepada orang kafir dan mendekatkan diri kita kepada mereka dengan kasih sayang dan kecintaan serta membenarkan mereka, kerana ia merupakan sesuatu yang tidak wajar apabila memberikan wala’ kepada musuh-musuh Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan