Jumaat, 24 Oktober 2008

Isu Pembinaan Keluarga Islam : Tarbiyah dalam Pembinaan Keluarga Islam.

Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.

Sedar atau pun tidak, hakikatnya seorang ibu adalah madrasah. Berjayanya ibu-ibu di Palestin melahirkan anak-anak yang memerangi senjata Israel dengan hanya seketul batu dan melahirkan anak-anak yang penuh dengan
jiwa jihad. Sebuah kisah di negeri berdarah, ungkapan kata seorang anak kepada ibunya: "Wahai ibu, jangan dinantikan kepulanganku, kerana pergiku dengan satu matlamat ...supaya aku mati syahid..." Sungguh gah hati seorang ibu, kerana melahirkan anak yang berjiwa pejuang. Ibu adalah madrasah para syuhada'.

Berkata seorang penyair:

" Seorang ibu adalah madrasah. Apabila engkau mendidiknya, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul.

Satu generasi yang bakal dilahirkan oleh muslimah-muslimah yang sedang mentarbiyyah dan ditarbiyyah...iaitu satu generasi Rabbani. Tangan yang menghayun buaian, dapat menggegarkan dunia....Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan"
(At-Tahrin:6)

1 ulasan:

Ummu Sulaim berkata...

Dalam isu ini kita perlu mengambil perhatian kerana setiap wanita akan menjadi seorang ibu suatu hari nanti...Insya Allah... Oleh itu banyakkanlah ilmu dalam membentuk generasi yang menggerakkan Islam...