Sabtu, 25 Oktober 2008

Isu Ekonomi Islam: Perjuangan Ekonomi Islam Sejagat.

Isu Melayu Islam yang lemah dalam bidang sains ekonomi dan kepelbagaian jenis bidang lagi menyebabkan mereka lebih suka berdebat dan berfalsafah dalam perkara ranting yang tidak berfaedah daripada meningkatkan usaha memperkukuhkan ekonomi. Diambil iktibar dari cerita orang yang saling membunuh menggunakan pedang masing-masing. Yang membunuh dimasukkan ke neraka dan orang yang dibunuh juga akan turut dimasukkan ke neraka .

Bertanya kepada Rasulullah, baginda menjawab
“Yang tertuduh juga masuk ke neraka kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh rakannya”.
Berhubung dengan perkara ini, dipetik dari Buku “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat
Islam” karangan Sheikh Hassan: “Sayang sekali kaum muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Berabad-abad lamanya umat islam membuang waktu dan tenaga berbincang berhubung dengan perkara yang tidak bermanfaat. Sekiranya fokus diberi kepada ilmu yang menguntungkan bagi umat muslim sudah tentu kedudukan mereka tidaklah seburuk itu”.

Konteks Melayu muslim sekarang banyak membicarakan tentang hal orang, berfikiran negatif, bersangka buruk, bangga diri, kata mengata, dengki, ego dan sebagainya kerana kita lupa akan firman Allah dalam surah Al-Imran Ayat 110yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik ummah. Kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. Di ambang 50 tahun kemerdekaan kita dapat lihat sejauh mana perkembangan ekonomi Islam. Untuk melihat Islam berjaya dalam ekonomi, dalam perkembangan bisnes berbentuk globalisasi kita perlukan penguasaan ilmu, politik dan sebagainya. Baru lah kelak kita tidak bergantung kepada bangsa lain. Hadis riwayat At-Thobrani menyatakan; “Kesengsaraan yang paling sengsara adalah miskin di dunia dan disiksa di akhirat.”

Oleh itu, kita hendaklah kuat dalam ekonomi kerana tanpa harta umat Islam tidak mampu menjadi umat yang terbaik di dunia mahupun akhirat. Hendaklah kita bersikap lebih matang dan professional dalam menjalankan perniagaan cara Islam menjadi umat dan ummah yang kuat.
Puisi “Melayu Mudah Lupa”, patut diambil iktibar dan dihayati sesungguhsungguhnya seperti dalm Surah Al-Asr yang diamalkan. “Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Tiada ulasan: