Sabtu, 25 Oktober 2008

KONSEP BLOG SAYA

Alhamdulillah...bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya siapkan blog ini. Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada Dr. Zulkifli kerana memberi kita peluang untuk mencipta satu blog sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang yang serba canggih. Subjek tekno ini memang sesuai dengan peredaran zaman sekarang kerana selain ceramah, kita juga boleh berdakwah melalui teknologi sekarang seperti blog ini. Walaupun begitu, setiap blog ini mempunyai konsepnya yang tersendiri.

Blog yang telah saya bangunkan ini adalah blog yang berkonsepkan dakwah, sesuai dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu dakwah & kepimpinan. Dalam blog ini saya telah memasukkan beberapa isu yang sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dalam menjalani kehidupan seharian. Antara isu yang cuba dibawa dan dibincangkan dalam blog ini ialah mengenai isu mahasiswa Islam, isu ekonomi Islam, isu politik Islam, isu undang-undang Islam, isu pembinaan keluarga Islam, isu pendidikan anak-anak dan lain-lain.

Tiada ulasan: