Jumaat, 24 Oktober 2008

Isu Perkahwinan Di Luar Negara Yang Tidak Didaftarkan..

Perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan social masyarakat Islam kini telah menimbulkan banyak isu-isu semasa yang secara tidak langsung, memberi impak kepada perundangan Islam. Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri bahawa semua perkahwinan sama ada yang dilakukan dalam atau luar Negara hendaklah didaftarkan mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu. Sekiranya ia tidak didaftarkan, maka pihak tersebut tidak akn mendapat hak perlindungan dan jaminan di bawah undang-undang keluarga Islam negeri-negeri berkenaan.

Demikian juga dengan perkahwinan ‘kahwin lain’ yang tidak didaftarkan di bawah Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri, mereka akn menghadapi pelbagai masalah, antaranya ialah masalah anak, harta pusaka dan masalah sekiranya salah seorang dari pasangan tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, persoalan ini akan diputuskan oleh mahkamah sama pasangan tersebut berhak menerima harta tersebut atau tidak. Sekiranya perkahwinan itu dianggap sah, maka pasangan yang hidup berhad terhadap harta tersebut dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, sesuatu perkahwinan yang berlaku di luar Negara mestilah didaftarkan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.

Tiada ulasan: