Jumaat, 24 Oktober 2008

Isu Negara Islam: Mengapa Masjid al-Aqsar sukar dibebaskan???

Masjid al-Aqsa, di Baitulmuqqadis, merupakan kaabah yang pertama umat Islam seluruh dunia dan masjid ketiga terpenting selepas majis al-Haram di Makkah dan masjid al-Nabawi di Madinah adalah satu-satunya masjid yang disebut dalam al-Quran.pada hari ini umat Islam memperingati peristiwa pembakaran masjid tersebut pada 21 Ogos 1969 oleh seorang Yahudi berbangsa Australia, Michael Dennis Rohan. Dalam peristiwa itu, sebahagian besar dari bangunan utama masjid telah terbakar dan apinya merebak ke bahagian lain. Namun azam penduduk Islam dan Kristian Palestin yang berpadu tenaga telah berjaya memadamkan api dari terus memusnahkan Masjid Al-Aqsa.

Menurut seorang pemerhati yang menyaksikan insiden itu, pihak berkuasa Israel telah seta merta memotong beklan air sebaik sahaja api mula membakar bangunan masjis dan menghalang ratusan penduduk Arab yang mahu turut sama menyertai usaha memadamkan kebakaran. Kebakaran itu bagaimana pun telah memusnahkan beberapa artifak penting sejarah Islam yang tersimpan di dalam masjid berkenaan. Ketika itu, pihak Israel mengeluarkan kenyataan kebakaran itu telah diakibatkan oleh litar elektrik tetapi sekumpulan jurutera yang memeriksa kebakaran itu mendapati ia dilakukan oleh manusia.

Dalam masa 40 tahun selepas peristiwa ini, Masjid Al-Aqsa sering kali dicerobohi. Pada tahun 1979, 40 orang etremis Yhudi telah cuba menceroboh masuk kedalam masjid, tetapi mereka dilepaskan oleh mahkamah Israel. Pada tahun 1982, sekumpulan etremis Yahudi telah memasang wayar di sekeliling masjid dalam percubaan untuk menetupkan Masjid Al-Aqsa, namun niat mereka gagal. Tahun 1989 pula telah menyaksikan sekumpulan ahli Knesset (parlimen) Israel telah menyerbu masuk ke dalam masjid dengan dikawal oleh polis dan pasukan keselamatan Israel. Serbuan seperti ini diulangi semula oleh Perdan Menteri Ariel Sharon pada bulan September 2000.

Pada Julai lalu, polis dan perisik Israel memdedahkan mereka mempunyai maklumat adanya kumpulan-kumpulan etremis yang mahu menyerang Masjid al-Aqsa dengan melancarkan bom kawalan jarak jauh. Sama ada maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel tepat atau tidak, atau merupakan satu lagi helah atau stategi Israel terhadap umat Islam bukanlah persolannya. Apa yang penting, sampai bilakah masjid ketiga terpenting umat Islam itu dapat bertahan sebagai testimony dan kenangan kepada peristiwa isra’ dan mikraj?

Tiada ulasan: